About Me
Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi dan amanah dalam menjalankan pekerjaan saya. Saya akan membantu anak didik saya agar mendapat keputusan yang cemerlang serta memuaskan. Saya seorang yang ceria dan kreatif dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran. Saya akan memastikan anak didik saya bersemangat ketika belajar dan matlamat mereka akan tercapai. Saya akan membantu anak didik saya dalam pengurusan jadual pembelajaran yang efektif. Saya akan menyelit aktiviti di setiap sesi pengajaran dan pembelajaran agar anak didik saya tidak merasa bosan ketika sesi pengajaran dilaksanakan. Jadikan saya tutor anda hari ini!
Teaching Method(s)
Saya menggunakan kaedah bahan bantu mengajar serta didik hibur agar anak didik saya tidak mudah bosan dan cepat faham mengenai sesuatu subjek ketika sesi pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Saya akan menyediakan aktiviti yang menarik serta slide yang memuaskan agar dapat menarik perhatian mereka semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Saya juga akan memastikan anak didik saya memahami topik tersebut sebelum kelas berakhir serta menyediakan soalan dan nota yang menarik untuk membantu mereka agar memahami topik dengan mudah. Dengan cara ini, saya dapat mengembangkan lagi kemahiran di dalam diri anak didik saya.