mytutor_mobile
Profile Picture

Nur Aryssa *******

(Dalam Talian)

Sijil Pelajaran Malaysia(spm) - Pendidikan Awal Kanak-kanak

Kolej Vokasional Sungai Petani 2 (Sedang Belajar)

Gerik, Perak

Fakulti Pendidikan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya seorang pelajar diploma semester 2 di kolej vokasional sungai petani 2. saya telah mendapat pointer 3.54 pada semester 1 diploma pendidikan awal kanak-kanak. saya merupakan anak sulong dari 4 orang adik beradik. saya seorang yang sangat ceria, mesra, dan bersemangat. saya pernah mengajar (part time) di taska selama 1 bulan dan tadika selama 2 bulan. saya ingin mencari duit lebih untuk membeli keperluan dan kehendak saya. saya seorang yang sangat ramah, tegas jika perlu, dan saya pandai mengambil hati kanak-kanak.
Teknik Pengajaran
apabila guru saya meminta saya untuk membuat amali bersama kanak-kanak dikolej, saya suka menggunakan kaedah bermain sambil belajar. saya mempunyai banyak bahan bantu mengajar yang dihasilkan oleh diri saya sendiri. bahan bantu mengajar saya seperti, bowling, softbook, soft toys, dan banyak lagi. bahan bantu mengajar ini sangat penting bagi saya kerana ianya untuk meningkatkan lagi keseronokan dan perhatian murid. saya juga suka membuat hiburan secara rawak kerana saya tahu proses pembelajaran sangat membosankan. selain menyediakan bahan bantu mengajar, saya juga boleh menyediakan game online sebagai latihan susulan untuk murid-murid dan saya boleh menyediakan nota warna warni yang ceria supaya murid-murid lebih berminat untuk belajar. saya akan menggunakan bahasa yang mudah untuk murid-murid faham. sebelum memulakan sesi pengajaran, saya akan menyediakan rpa/rph/rpi sebagai perancangan pembelajaran saya terhadap murid murid.
Subjek
Subjek Tahap
Prasekolah - 3M Tadika
Fardhu Ain Tadika
Matematik Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Membaca - BM Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Bahasa Melayu Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Bahasa Inggeris Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Bahasa Arab Tadika
Jawi Tadika, Darjah 2, Darjah 3
Mengaji - Iqra Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Membaca - BI Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Sains Darjah 1, Darjah 2
P. Islam Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Mengaji - Al-Quran Darjah 1, Darjah 2