mytutor_mobile
Profile Picture

Nurufairah Binti *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Teknologi Makanan Dan Bioproses

Universiti Malaysia Sabah (Kota Kinabalu) (Telah Bergraduasi)

Kota kinabalu, Sabah

Tutor Training

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Ufairah merupakan graduan Teknologi Makanan dan Biopemprosesan dari UMS. Saya sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang pendidikan, Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) dan berharap agar dapat menjadi seorang guru yang mampu membawa perubahan positif dalam aspek pendidikan khususnya di Sabah. Saya mempunyai pengalaman mengajar asas Bahasa Inggeris kepada kanak-kanak berumur 4 hingga 5 tahun serta menjadi tutor Matematik kepada pelajar sekolah menengah. Saya merupakan seorang guru yang penyayang namun tegas, bertanggungjawab serta berdedikasi. Impian saya sebagai seorang guru adalah untuk melihat pelajar saya berkembang dan menjadi pelajar yang cemerlang dari segi akhlak dan akademik.
Teknik Pengajaran
Saya akan meneliti terlebih dahulu subjek yang ingin dipelajari oleh pelajar saya dan mengenal pasti matlamat belajar yang ingin dicapai. Maklumat ini membolehkan saya memilih pendekatan pengajaran terbaik bagi memastikan sesi pembelajaran dapat dijalankan dengan berkesan. Saya selalu menekankan teknik pengulangan dan peneguhan kerana teknik ini dapat membantu pelajar saya memahami dan mengingati pelajaran dengan lebih baik. Saya juga akan membuat penilaian sacara berkala bagi melihat sejauh mana pelajar saya dapat menguasai ilmu yang telah dipelajari.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Mengaji - Al-Quran Mengaji