Profile Picture

Nurizzureen Binti *******

(Bersemuka)

Diploma / Stpm - Pengurusan

Multimedia College (MMC) (Telah Bergraduasi)

Batu Caves, Selangor

Tutor Training

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cik Izzue berasal dari Selangor. Saya berkelulusan Diploma Pengurusan, dalam bidang perniagaan dan akaun. Saya mempunyai pengalaman mengajar subjek matematik dan sains secara sambilan di sebuah pusat tusyen. Saya seorang tutor yang berdedikasi, amanah dan tegas namun ramah dalam mendidik dan menyampaikan ilmu kepada pelajar. Saya akan memastikan pelajar saya dapat belajar tanpa rasa bosan atau dipaksa. Sekaligus menjadikan pelajar berasa seronok dan teruja. Saya yakin emosi pelajar berkait rapat dan sangat penting dalam proses menuntut ilmu pengetahuan dengan lebih efektif. Jadikan saya tutor anda hari ini!
Teknik Pengajaran
Antara teknik pengajaran saya:
- Fokus dengan silibus yang terkini dan selaras dengan Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM).
- Melalui teknik soal jawab dimana komunikasi dua hala antara tutor dan pelajar diperlukan bagi memastikan pelajar memahami setiap jalan kerja atau penerangan yang diberikan.
- Menerapkan teknik-teknik yang menarik bergantung kepada subjek atau tahap keupayaan seseorang pelajar, cth : visualistik atau penceritaan.
- Menggunakan slide/ nota dan buku teks online.
- Membuat menilai secara berkala melalui kuiz dan latihan supaya pelajar terdedah kepada pelbagai jenis bentuk soalan peperiksaan.
Subjek
Subjek Tahap
Sains Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1