mytutor_mobile
Profile Picture

Rabiatul Khulailah *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - English Communication

Universiti Sultan Zainal Abidin (Kuala Nerus) (Sedang Belajar)

Dungun, Terengganu

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Laila. Saya merupakan bakal graduan yang baru menghabiskan pembelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda Bahasa Inggeris dengan Komunikasi (Kepujian). Saya mempunyai pengalaman mengajar murid sekolah rendah secara bersemuka sebagai tutor peribadi. Saya juga sering menghabiskan masa saya mengajar anak-anak saudara saya untuk mereka tingkatkan lagi daya pengetahuan mereka. Saya seorang guru muda ataupun tutor yang mengajar rakan sekelas saya ketika di matrikulasi oleh kerana result saya pada waktu itu layak untuk dijadikan tutor. Subjek bahasa inggeris merupakan subjek major saya dan bahasa melayu, matematik sekolah rendah adalah subjek minor saya. Saya juga pakar dalam meningkatkan motivasi dan disiplin dalam kalangan pelajar. Nak anak skor cemerlang serta tingkatkan keyakinan anak anda? Hubungi saya hari ini.
Teknik Pengajaran
Berpengalaman selama kurang setahun dalam industri pendidikan, saya menerapkan teknik-teknik yang menarik bergantung kepada keupayaan para pelajar. Saya juga mengaplikasikan teknik didik hibur dalam mencapai objektif pembelajaran. Pelbagai pendekatan saya gunakan untuk memastikan para pelajar berupaya memahami ilmu yang diajar. Kepuasan anak-anak dalam mencapai kecemerlangan merupakan visi saya sebagai pendidik. Murid-murid kelihatan gembira dan ditingkatkan motivasi mereka apabila saya mendekatkan diri dengan bermain sambil belajar, dan mereka kelihatan lebih tertarik jika adanya hadiah.
Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Inggeris Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5, Dewasa
Matematik Darjah 1, Darjah 3
Membaca - BI Darjah 1, Darjah 3
Membaca - BM Darjah 1, Darjah 4, Darjah 5
Communication & Writing Darjah 1
Bahasa Melayu Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6