mytutor_mobile
Profile Picture

Nurashraf Mohklis *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Reka Bentuk Dan Teknologi Dengan Kepujian

Universiti Pendidikan Sultan Idris (Sedang Belajar)

Balai Panjang, Melaka

Fakulti Pendidikan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Saya merupakan seorang pelajar yang sedang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi iaitu ijazah sarjana muda di universiti terkemuka dan amat dikenali dengan universiti pendidikan di Malaysia iaitu Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Terlebih dahulu, saya ingin menceritakan latar belakang saya bermula dari pendidikan awal sehingga ke pendidikan tinggi. Pada pendidikan awal berumur 7 hingga 12 tahun saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Bachang, Melaka. Seterusnya, saya melanjutkan ke pendidikan menengah saya di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sultan Muhammad, Sekolah Kluster Kecemerlangan di negeri Melaka. Pada pendidikan pra-universiti saya, saya telah melanjutkan pelajaran di Kolej Matrikulasi Melaka yang terletak di Londang, Melaka. Akhir sekali, saya meneruskan pelajaran saya ke peringkat pendidikan tinggi di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak. Melalui latar belakang berkaitan pendidikan, saya juga merupakan pelajar cemerlang dalam akademik dimana saya mendapat keputusan semasa UPSR pada tahun 2016 dengan mencapai 4A 1B 1C. Manakala, PT3 pada tahun 2019 saya mendapat 3A. Seterusnya, SPM pada tahun 2021 saya mendapat 3A daripada 11 mata pelajaran. Akhir sekali, saya mendapat PNGK terbaik dengan memperolehi 3.67 semasa di Matrikulasi. Saya juga mempunyai pengalaman dalam pekerjaan di mana semasa saya berumur 18 tahun iaitu selepas menduduki SPM, saya telah bekerja di sebuah tadika swasta yang berada di Melaka selama 5 bulan. Dan pengalaman kedua adalah semasa saya berumur 19 tahun selepas menamatkan program matrikulasi selama setahun, saya bekerja di sebuah pejabat peguam yang terletak di Melaka selama 4 bulan. Saya gemar dalam dunia pendidikan dimana saya suka untuk mencurahkan ilmu kepada anak bangsa kerana mereka merupakan generasi era baharu yang membantu membangunkan sosio-pendidikan dan pembentukan rakyat yang berkualiti dan berpengetahuan tinggi pada masa yang akan datang.
Teknik Pengajaran
Saya mempunyai teknik mengajar sendiri antaranya ialah bahan bantuan mengajar era moden. Memandangkan saya mengambil jurusan pendidikan reka bentuk dan teknologi semestinya saya akan menerapkan silibus dan pembelajaran tersebut di dalam pengajaran. Sebelum ini, saya telah mencipta satu kuiz atau aplikasi untuk pelajar akses melalui qr code untuk menjawabnya. Sebelum pelajar menjawab, mereka perlu membaca komik atau jalan cerita terlebih dahulu dan mengetahui isi tersurat dan tersirat yang ada sepanjang pembacaan komik tersebut. Dari situ kita nampak sama ada pelajar tersebut menumpukan perhatian sepenuhnya pada proses pemulaan untuk meneruskan langkah yang seterusnya.
Kedua, teknik ini dipanggil sebagai Be In One. Teknik ini digunakan secara berkumpulan di mana mereka perlu duduk dan mencipta satu kumpulan untuk menyelesaikan satu masalah yang akan diberikan. Para pelajar akan diberi 3 talian hayat, 3 clue akan diberikan berdasarkan soalan yang dapat, 1 pertanyaan kepastian sama ada ya atau tidak dan pembincangan 25 minit. Ini dapat memberikan satu impak di mana mereka dapat berkongsi ilmu pengetahuan dan mengeratkan siratulrahim.
Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Melayu Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Darjah 2, Darjah 1, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Reka Bentuk dan Teknologi Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Pendidikan Seni Visual Darjah 2
Matematik Darjah 2, Darjah 1, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Sejarah Tingkatan 1, Tingkatan 3, Tingkatan 2, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Reka Bentuk Teknologi Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Jawi dan Khat KAFA - Darjah 5
Adab ( Akhlak Islamiah) KAFA - Darjah 5
P. Islam Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Prinsip Perakaunan Tingkatan 4, Tingkatan 5
Ekonomi Tingkatan 4, Tingkatan 5
Perniagaan Tingkatan 4, Tingkatan 5
Matematik - Bahasa Tamil Tingkatan 4
Bahasa Inggeris Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6