mytutor_mobile
Profile Picture

Nurul Ezzaty

(Bersemuka & Dalam Talian)

Diploma / Stpm - Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sejarah

Universiti Pendidikan Sultan Idris (Sedang Belajar)

Sungai Petani, Kedah

Fakulti Pendidikan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya merupakan seorang tutor yang boleh mengambil fokus pelajar dengan mudah. Pengalaman saya semasa di universiti dengan kos pendidikan telah membuatkan saya lebih terdedah dengan cara-cara untuk mengambil fokus pelajar. Saya juga merupakan seorang yang ramah dan saya pasti anak didik saya tidak akan berasa bosan dengan gaya pembelajaran saya. Saya juga seorang yang berdedikasi di mana sebelum memulakan pengajaran saya akan membuat latihan mengajar dan mengulang kaji subjek yang akan diajar terlebih dahulu supaya saya tidak hilang arah semasa mengajar. Dengan kemahiran komunikasi yang saya ada, saya pasti pelajar saya akan mudah faham dan akan berjaya untuk mencapai markah yang cemerlang dalam peperiksaan.
Teknik Pengajaran
Saya akan mencuba pelbagai teknik mengajar kerana saya tidak mahu pelajar saya bosan dan ingin mengenal pasti teknik pengajaran yang sesuai untuk pelajar saya terlebih dahulu. Antara teknik yang saya ingin gunakan adalah teknik bercerita dan inkuiri. Oleh sebab major saya adalah pendidikan sejarah, teknik bercerita dan teknik inkuiri adalah sangat diperlukan untuk menimbulkan tanda tanya kepada pelajar. Saya juga akan membuat hiburan semasa mengajar untuk mengelakkan pelajar semasa bosan seperti mengaitkan perkara dengan isu yang tular. Oleh sebab usia saya yang muda, saya lebih kenal dengan apa yang pelajar zaman kini mahukan serta teknik pengajaran apa yang sesuai bagi mereka. Saya juga boleh menyediakan slide dan video-video yang menarik semasa sesi pembelajaran berlangsung.
Subjek
Subjek Tahap
Sejarah Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 1