mytutor_mobile
Profile Picture

Muhammad Asyraf *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Bachelor Degree In Accounting

Universiti Teknologi MARA (Bandaraya Melaka) (Telah Bergraduasi)

Setiawangsa, WP Kuala Lumpur

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Assalamualaikum. Saya Cikgu Asyraf. Saya merupakan cikgu math dan telah berjaya mengajar beberapa anak murid berjaya dalam subjek math SPM. Saya juga lepasan SMKA KL dan mahir dalam dalam pelajaran mengaji Al-Quran. Kesemua anak didik saya sebelumnya telah bertukar dari tidak lulus untuk semua ujian kepada lulus dengan jayanya dalam subjek math SPM. Dari segi pengalaman pelajaran saya, saya lebih menjurus kepada pelajaran akaun akan tetapi saya lebih gemar untuk mengajar dalam bidang math. Saya telah mendapat semua A dalam subjek math untuk UPSR,PMR & SPM. Saya merupakan lulusan dari UITM melaka dan telah dianugerahkan memasuki program FAST-TRACK yang telah dianjurkan pada UITM iaitu dapat melanjutkan pelajaran kepada program sarjana tanpa perlu menghabiskan diploma. Ini bermakna saya telah bertukar dari diploma UITM kepada sarjana muda UITM di Melaka tanpa DIPLOMA. Cara pembelajaran saya lebih senang dan lebih mudah diterima oleh pelajar-pelajar. Saya juga mahir dalam dalam memupuk pelajar untuk kembali minat kepada belajar. Berminat untuk naikkan semangat anak-anak anda dalam bidang matematik? Mari saya tunjukkan formulanya.
Teknik Pengajaran
Berpengalaman selama 2 tahun dalam industri pendidikan, perkara utama saya akan ambil sebelum memulakan sesuatu pelajaran ialah saya akan memeriksa tahap yang telah dicapai oleh sesuatu pelajar. Saya akan menerapkan sesi pembelajaran sesuai dengan tahap pelajar tersebut. Setelah sekian lama pelajar telah bersemangat untuk belajar saya akan mula mengaplikasikan teknik pembelajaran pantas agar mudah dapat selesaikan masalah dan menumpukan kepada soalan-soalan yang lebih sukar untuk dijawab. Akhirnya, Teknik A DALAM TANGAN bagi subjek matematik akan dimulakan setelah pelajar telah mendapat idea yang lengkap untuk menjawab semua soalan dengan mudah dalam subjek matematik.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 3, Tingkatan 2, Tingkatan 1, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Mengaji - Al-Quran Mengaji