mytutor_mobile
Profile Picture

Nur Pretty *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Business Computer

Universiti Malaysia Sabah (Labuan) (Sedang Belajar)

Papar, Sabah

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya merupakan seorang tutor yang sangat ceria dan berdedikasi dalam membantu anak didik saya untuk menguasai bidang yang mereka pelajari dan memperoleh keputusan yang cemerlang. Saya mempunyai pengalaman menjadi tutor kepada rakan sebaya dan juga pelajar-pelajar junior semasa di sekolah menengah dan universiti. Pengalaman ini telah mengajar saya bahawa setiap anak didik mempunyai personaliti yang berbeza dan memerlukan pendekatan yang berlainan yang bersesuaian dengan keperluan dan gaya belajar anak didik. Saya akan berpuas hati sekiranya anak didik memahami apa yang saya sampaikan. Namun, sekiranya anak didik masih kurang faham, saya akan berusaha sebaik mungkin untuk membantu anak didik tersebut. Saya yakin, saya mampu untuk membimbing anak didik untuk menguasai bidang yang mereka pelajari di samping memberikan motivasi kepada anak didik untuk terus bersemangat menimba ilmu. Saya harap saya dapat membantu dan mempermudahkan perjalanan pembelajaran anak didik. Jadikan saya tutor anda sekarang!
Teknik Pengajaran
Saya menggunakan teknik didik hibur untuk memastikan bahawa pengajaran saya tidak membosankan. Saya juga cenderung untuk menggunakan kaedah penceritaan ataupun perumpamaan untuk memudahkan anak didik lebih tertarik dan memahami apa yang saya cuba jelaskan dengan mengambil contoh-contoh yang kita lakukan dalam kehidupan seharian. Akhir sekali, saya cenderung untuk mengajarkan teknik-teknik yang lebih mudah dan singkat terutama dalam menyelesaikan soalan matematik.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Tingkatan 5, Tingkatan 4, Tingkatan 3, Tingkatan 2, Tingkatan 1
Matematik Tambahan Tingkatan 4
Asas Sains Komputer Tingkatan 1, Tingkatan 2