mytutor_mobile
Profile Picture

Nurul Hannah *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Pengajian Quran Dengan Multimedia

Universiti Sains Islam Malaysia (Telah Bergraduasi)

Hulu Langat, Selangor

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya merupakan seorang tutor yang mempunyai semangat dedikasi yang tinggi dalam membantu anak didik saya dalam pembelajaran mereka. Saya seorang yang mudah bergaul dan ramah dengan anak didik saya namun tetap tegas dalam memastikan kecemerlangan mereka. Selain mengajar dari segi akademik, saya juga menitikberatkan didikan sahsiah diri dan adab ketika sesi pembelajaran. Jadikan saya tutor anda hari ini!
Teknik Pengajaran
Saya menggunakan teknik didik hibur agar anak didik saya tidak berasa bosan ketika sesi pembelajaran. Saya menggunakan pelbagai pendekatan menarik yang dapat menjadikan anak didik saya lebih fokus dan mencapai objektif pembelajaran. Saya suka mengajak anak didik saya membuat nota yang berwarna warni kerana ia mampu membantu anak didik saya untuk menghafal atau mengingati sesuatu ilmu tersebut dengan lebih mudah.
Subjek
Subjek Tahap
Membaca - BM Darjah 4
P. Islam Darjah 4
Bahasa Arab Darjah 4
Mengaji - Iqra Darjah 2