mytutor_mobile
Profile Picture

Asmaa' Binti *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Bahasa Melayu

Institut Pendidikan Guru (Sedang Belajar)

Bukit Baru, Melaka

Institut Perguruan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Asmaa'. Saya merupakan siswi tahun akhir di salah sebuah Institut Pendidikan Guru (IPG) di Malaysia. Saya telah memilih aliran Bahasa Melayu sebagai subjek teras manakala Reka Bentuk dan Teknologi merupakan subjek elektif saya. Walaupun belum bergelar sebagai guru secara sah, saya telah mendapat pengalaman mengajar Bahasa Melayu dan Reka Bentu dan Teknologi di sekolah rendah semasa menjalankan sesi praktikum dalam tempoh 3 bulan pada fasa 1 dan kini sedang menjalankan praktikum fasa 2 selama 3 bulan di salah sebuah sekolah rendah di Melaka. Saya mampu mengaplikasikan teknik, kaedah, teori dan strategi pedagogi terkini berdasarkan ilmu pengetahuan yang saya perolehi sepanjang menuntut di IPG. Saya bersedia untuk meningkatkan potensi diri saya selaku pendidik untuk memastikan anak-anak murid saya dapat memanfaatkan ilmu yang dicurahkan semaksimanya.
Teknik Pengajaran
Berbekalkan pengalaman sedia ada, saya dapati bahawa saya mampu menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran secara fleksibel bersesuaian dengan tahap kecerdasan murid-murid. Saya sedar pembelajaran yang berkesan bermula dengan jalinan dan interaksi yang baik untuk menghasilkan satu persafahaman antara pendidik dan murid. Saya yakin dengan kemahiran komunikasi saya untuk membantu murid-murid saya memahami sesuatu topik pembelajaran dengan jelas. Saya juga terbuka dengan teguran dan bersedia untuk memperbaiki kelemahan untuk meningkatkan kualiti pengajaran saya agar dapat mewujudkan pengajaran dan pembelajaran yang bermakna.
Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Melayu Darjah 4, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 5, Darjah 6