mytutor_mobile
Profile Picture

Nur Anis *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Pengajian Islam (dakwah)

Universiti Sultan Zainal Abidin (Kuala Nerus) (Telah Bergraduasi)

Merlimau, Melaka

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Nur Anis Sharmien binti Norazmi dan merupakan seorang tutor yang berdedikasi serta bersemangat tinggi dalam membantu anak-anak murid mencapai kejayaan dalam pendidikan. Saya mempunyai minat yang mendalam dalam dunia pendidikan sejak kecil dan saya ingin berkongsi ilmu dan membantu anak-anak murid mencapai kefahaman dan kemahiran dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Pendidikan Islam. Saya menjadikan ibu saya sebagai ikon pendidik kegemaran saya kerana saya menyaksikan kegigihan dan cita-cita beliau dalam mendidik dan menyalurkan ilmu kepada anak-anak murid dalam pelbagai metod supaya anak-anak murid mudah menerima ilmu dan berminat untuk belajar. Saya juga berharap supaya saya dapat menjadi pendidik yang berkemampuan untuk mendidik anak-anak murid dan mencambah minat mereka untuk belajar dengan bersungguh-sungguh.
Teknik Pengajaran
Teknik pengajaran yang saya akan gunakan ialah teknik induktif iaitu menjelaskan kaedah membina ayat atau karangan dengan lebih menarik serta melibatkan kemahiran berfikir aras tinggi. Seterusnya, teknik deduktif iaitu mengasah minda murid-murid membina karangan mudah melalui formula iaitu fakta, contoh dan huraian bagi membentuk ayat lengkap. Saya juga akan menggunakan kaedah melalui permainan bagi melahirkan rasa seronok dalam belajar dan memastikan murid-murid menjadi aktif dan cergas. Selain itu, murid-murid dapat melibatkan diri secara sukarela dan menjadi lebih kreatif.
Subjek
Subjek Tahap
Membaca - BM Darjah 1, Darjah 2
Bahasa Melayu Darjah 3
P. Islam Darjah 3