Profile Picture

Nor Dalila *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Pendidikan Awal Kanak-kanak

Universiti Pendidikan Sultan Idris (Sedang Belajar)

Changlun, Kedah

Fakulti Pendidikan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya merupakan seorang pelajar sepenuh masa yang sedang melanjutkan pengajian pada peringkat ijazah sarjana muda pendidikan dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Saya berminat untuk mendapatkan peluang mengajar kanak-kanak sebagai satu persediaan bagi diri saya sebelum saya melangkah ke alam pekerjaan yang sebenar setelah selesai pengajian saya nanti. Saya yakin saya dapat memberikan sepenuh dedikasi dan semangat yang tinggi untuk menjadikan anak didik saya seorang yang berjaya dalam pelajaran. Walaupun saya sedikit tegas dalam menjalankan tugas akan tetapi dengan asbab ketegasan saya ini ianya mampu menjadikan anak didik saya lebih fokus dan cepat belajar. Jadikan saya tutor anda hari ini!
Teknik Pengajaran
Teknik pengajaran yang saya selesa untuk gunakan ada pembelajaran berpusatkan murid dan pembelajaran sambil bermain. Kedua-dua teknik ini adalah sangat berkesan kepada kanak-kanak kerana mereka akan lebih mudah fokus dan berminat untuk mengikuti sesi pembelajaran. Selain itu, sebagai guru teknik pengajaran pembelajaran berpusatkan murid dapat membantu guru untuk lebih teliti dan fokus tentang keperluan seseorang murid dalam pembelajaran.
Subjek
Subjek Tahap
Mengaji - Iqra Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Matematik Darjah 1, Darjah 2
Membaca - BI Darjah 1, Darjah 2
Membaca - BM Darjah 1, Darjah 2
Sains Darjah 1, Darjah 2
Bahasa Inggeris Darjah 1
Prasekolah - 3M Tadika