mytutor_mobile
Profile Picture

Siti Nur *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Kimia

Universiti Pendidikan Sultan Idris (Telah Bergraduasi)

Paka, Terengganu

Fakulti Pendidikan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Aisyah. Saya merupakan graduan baharu daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris. Saya telah berkecimpung dalam dunia tutor di pusat tuisyen hampir 4 bulan. Saya juga berpengalaman dalam dunia pendidikan selama 8 bulan dalam mengajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Subjek major saya dalam dunia pendidikan ialah subjek Kimia manakala subjek Sains Komputer, Matematik dan Sains merupakan subjek minor. Saya merupakan tutor yang bersemangat tinggi dalam membantu anak didik meningkatkan pencapaian mereka secara berperingkat. Saya juga seorang yang ramah dan ceria namun dalam masa yang sama saya juga akan tegas. Saya juga suka menggunakan pelbagai pendekatan dalam pembelajaran yang dapat menarik perhatian pelajar untuk terus tetap fokus di dalam kelas. Saya juga akan memastikan pelajar saya dapat mencapai matlamat mereka. Nak keputusan cemerlang, Jadikan saya tutor anda!!
Teknik Pengajaran
Saya menggunakan teknik pembelajaran Abad ke-21 yang menarik tapi dalam masa yang sama berkesan untuk pelajar memahami pembelajaran. Untuk pembelajaran sains/kimia, saya akan menggunakan pendekatan secara simulasi atas talian bagi topik-topik yang melibatkan eksperimen. Saya juga menyediakan beberapa nota ringkas yang berwarna kepada pelajar. Semestinya saya juga menggunakan teknik didik hibur dalam sesi pembelajaran agar pelajar tidak mudah berasa bosan dan terus bersemangat untuk mencapai objektif pembelajaran pada sesi pembelajaran tersebut. Sebelum berakhirnya sesi pembelajaran, saya akan meminta pelajar untuk merumuskan pembelajaran pada hari tersebut.
Subjek
Subjek Tahap
Sains Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 4
Matematik Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 4
Kimia - Bahasa Melayu Tingkatan 4