mytutor_mobile
Profile Picture

Nurul Syafiqah *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Bahasa Melayu

Institut Pendidikan Guru (Telah Bergraduasi)

Tampin, Negeri Sembilan

Institut Perguruan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Syafiqah. Saya merupakan seorang tutor yang berpengalaman dalam mendidik murid sekolah rendah. Saya mempunyai ikhtisas dalam major Bahasa Melayu terutama tahap 2. Saya menguasai topik-topik pembelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah dengan baik. Sikap dan tingkah laku yang dipamerkan memudahkan saya didekati dan cepat mesra dengan murid-murid. Saya juga mampu meningkatkan motivasi murid dari semasa ke semasa untuk menguasai pembelajaran dengan baik.
Teknik Pengajaran
Kepelbagaian teknik yang saya gunakan semasa mengajar menyebabkan murid-murid tertarik dengan pengajaran saya. Selain mementingkan isi kandungan pelajaran, saya juga menggunakan kaedah didik hibur untuk memastikan murid dapat belajar dalam suasana yang menyeronokkan. Saya juga menyediakan beberapa teknik mudah untuk menguasai karangan dan aspek pembinaan ayat. Selain itu, saya juga mengetengahkan penggunaan aspek digital dan TMK dalam pengajaran saya. Saya juga menyediakan nota yang menarik bagi kelas dalam talian.
Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Melayu Darjah 4
Membaca - BM Darjah 3