mytutor_mobile
Profile Picture

Aisyah Binti *******

(Dalam Talian)

Diploma / Stpm - Pendidikan Awal Kanak-kanak

University College of Yayasan Pahang (Sedang Belajar)

Jerantut, Pahang

Fakulti Pendidikan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Aisyah. Saya merupakan seorang yang berdedikasi, bersemangat, periang dan tegas. Pendidikan Awal Kanak-Kanak merupakan fokus pembelajaran saya di universiti. Saya berkemahiran dalam pembuatan bahan bantu mengajar dan pengajaran secara ICT. Saya juga mampu mengendalikan kanak-kanak dengan baik. Belajar ialah perkara yang menyeronokkan, keseronokkan dalam hidup anak- anak anda ada ditangan anda. Saya membantu memberikan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan kepada anak-anak anda. Hubungi saya hari ini.
Teknik Pengajaran
Mampu mengendalikan kanak-kanak dengan baik dan telah menguasai pelbagai teknik dan kaedah dalam pendidikan awal kanak-kanak bagi pembelajaran kanak-kanak. Pelbagai tenik mengajar yang saya gunakan untuk kanak-kanak antaranya ialah mengaplikasikan teknik belajar tunjuk cara, belajar sambil bermain, pemerhatian kendiri dan lain-lain. Saya berkemahiran dalam membuat bahan bantu mengajar yang kreatif dan menarik serta membuat dan menggunakan bahan bantu mengajar secara ICT. Saya berkebolehan membuat buku cerita bergambar digital dan permainan interaktif yang menarik dan kreatif. Memberikan pengalaman keseronokkan anak-anak anda dalam pembelajaran mereka adalah matlamat saya.
Subjek
Subjek Tahap
Membaca - BM Darjah 6, Darjah 1, Tadika, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5
Bahasa Melayu Darjah 6, Darjah 1, Tadika, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Tingkatan 1
Prasekolah - 3M Tadika
Sains Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3