mytutor_mobile
Profile Picture

Hanisah Abd *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Kejuruteraan Elektrik

Universiti Teknologi MARA (Shah Alam) (Telah Bergraduasi)

Kajang, Selangor

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Nama saya Hanisah atau lebih mesra untuk dikenali sebagai Cikgu Anis. Seorang tutor yang akan berusaha memberikan perkhidmatan & ilmu yang terbaik buat pelajar-pelajar saya dalam mencapai matlamat mereka. Saya juga suka membantu pelajar-pelajar untuk lebih memahami konsep dengan penerangan yang lebih jelas. Kepakaran yang saya miliki adalah di dalam subjek Matematik & Matematik Tambahan. Semoga dengan ilmu yang saya perolehi selama ini, dapat saya salurkan kepada pelajar-pelajar pada masa akan datang dan ilmu tersebut akan terus berkembang. Saya akan berusaha & berdedikasi dalam mendidik pelajar-pelajar. Jadikan saya tutor pilihan anda hari ini. Terima kasih.
Teknik Pengajaran
Saya menggunakan kaedah didik hibur dengan tujuan untuk memupuk minat pelajar agar tidak bosan & lebih menyukai subjek Matematik & Matematik Tambahan. Saya juga menerapkan konsep penerangan yang lebih jelas untuk kemudahan pemahaman pelajar. Saya juga akan memberi pengajaran secara dua hala agar pembelajaran lebih jelas. Selain itu, saya akan menyediakan latihan yang bersesuaian supaya pelajar mampu untuk berhadapan dengan realiti peperiksaan yang sebenar.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Matematik Tambahan Tingkatan 4, Tingkatan 5