Profile Picture

Muhamad Danial *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Kejuteraan Mekanikal

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (Batu Pahat) (Telah Bergraduasi)

Batu Caves, Selangor

Tutor Training

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Salam dan selamat sejahtera, Saya adalah seorang yang berdedikasi dalam bidang pendidikan, terutamanya dalam matematik. Saya mudah untuk mendekati minat pelajar dan dapat mencipta suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Saya juga mahir membuat soalan-soalan yang sukar menjadi lebih mudah difahami oleh pelajar. Pada masa yang sama, saya juga berupaya memberi motivasi kepada pelajar untuk menarik minat mereka dalam pembelajaran, terutama dalam subjek-subjek yang dianggap sukar. Kelas yang saya jalankan sentiasa menarik dan berinteraktif, memastikan pelajar terlibat sepenuhnya dalam proses pembelajaran.
Teknik Pengajaran
Teknik pengajaran saya lebih menekankan kaedah "Pengulangan Semula" di mana saya menggalakkan pelajar untuk mengulangi semula apa yang telah dipelajari. Dengan menggunakan kaedah ini, ia dapat meningkatkan daya ingatan pelajar dan membuat mereka lebih bersedia untuk kelas seterusnya. Selain itu, saya juga mengamalkan penyediaan teknik menjawab soalan dalam kelas saya untuk memastikan pelajar saya mahir menggunakan kaedah yang betul ketika menjawab soalan peperiksaan.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3