mytutor_mobile
Profile Picture

Habibun Najar *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Diploma / Stpm - Engineering/science/marine

Politeknik Ungku Omar (Telah Bergraduasi)

Seremban, Negeri Sembilan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Hi, saya Cikgu Habib. Berpengalaman luas dalam mengajar terutama pelajar sekolah. Saya mempunyanyi kepakaran dalam subjek sains terutamanya Fizik, Kejuruteraan Mekanikal, lukisan kejuruteraan dan juga Sains tulen. Saya juga boleh mengajar selain subjek sains iaitu Pendidikan Islam. Saya seorang yang mesra dan dalam masa yang sama seorang yang tegas. Saya sangat menitikberatkan soal pemahaman pelajar semasa sesi pelajaran berlansung. Di samping itu juga, membimbing pelajar menyusun jadual harian adalah menjadi tanggungjawab saya. Semasa sesi mengajar saya suka menyelitkan sesi motivasi dan galakan bagi meningkatkan “awareness” pelajar saya untuk terus maju dalam kehidupan mereka.
Teknik Pengajaran
Saya mempunyai 2 teknik mengajar yang biasa saya praktikkan. Pertama adalah melalui soal jawab. Yang kedua adalah menerusi visual.
1.teknik soal jawab
Dengan mengajukan soalan kepada pelajar secara tidak lansung ia akan membantu pelajar untuk berfikir secara lebih kreatif dan dari situ guru dapat mengenal pasti tahap kefahaman pelajar. Seterusnya guru dapat memberikan input yang bersesuaian dengan kefahaman pelajar tersebut. Selain itu juga teknik ini akan membuatkan pelajar lebih berani untuk melontarkan idea melalui verbal yang mana teknik ini sangat-sangat diperlukan di alam universiti dan juga alam pekerjaan.

2.teknik visual
Dengn menggunakan lukisan, video ataupun prototaip akan lebih membantu pelajar untuk memahami sesuatu gerak kerja terutamanya dalam subjek fizik dan kejuruteraan. Disamping itu juga teknik ini dapat membantu pelajar lebih kreatif dalam menyampaikan buah fikiran mereka kepada orang lain lebih-lebih lagi di alam perkerjaan nanti.
Subjek
Subjek Tahap
Sains Tingkatan 4, Darjah 6
Fizik - Bahasa Melayu Tingkatan 4
Lukisan Kejuruteraan Tingkatan 4
Matematik Darjah 6