Profile Picture

Nurhannazrin Safi *******

(Dalam Talian)

Diploma / Stpm - Sastera

Sekolah Menengah (Sedang Belajar)

Segamat, Johor

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya merupakan seorang tutor yang bersemangat tinggi dan bertanggungjawab dalam membantu anak didik saya untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Saya seorang yang peramah tetapi tegas. Saya akan memastikan anak didik saya mencapai matlamat mereka. Saya juga suka membantu anak didik saya dari segi penyusunan jadual yang lebih efektif dan memberi sokongan emosi dan mental. Saya lebih kepada mengajar subjek Bahasa Melayu, Pend. Islam dan Tasawwur. Sedikit tambahan, saya merupakan bekas pelajar tahfiz dan mempunyai ilmu berkaitan tajwid. Saya juga berpengalaman menjadi guru tuisyen dan mengaji selama beberapa bulan.
Teknik Pengajaran
Saya menerapkan teknik-teknik yang menarik supaya mengikut kemampuan pelajar. Saya juga mengaplikasikan teknik didik hibur dalam pembelajaran supaya anak didik saya tidak bosan. Saya menyediakan teknik mudah seperti nota ringkas untuk memastikan anak didik saya mudah faham dan ingat. Walaupun menggunakan nota ringkas, semasa pembelajaran saya akan menerangkannya dengan lebih terperinci. Saya menekankan kepada anak didik saya, jika tidak faham tentang sesuatu perkara boleh mengajukan soalan.
Subjek
Subjek Tahap
P. Islam Tingkatan 1, Darjah 6
Membaca - BM Darjah 6
Bahasa Melayu Darjah 6