mytutor_mobile
Profile Picture

Maizatul Awatif *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Pendidikan Islam

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Gombak) (Sedang Belajar)

Sabak Bernam, Selangor

Fakulti Pendidikan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Awatif. Saya merupakan seorang tutor yang berdisiplin dan mempunyai matlamat tinggi dalam menyampaikan ilmu yang bermanfaat. Saya akan membantu anak didik saya berjaya seiring dengan impian mereka. Saya juga seorang yang berkomited dengan tugasan pengajaran saya. Saya seorang yang mempunyai sifat keterbukaan dan kesabaran yang tinggi dalam mendidik pelajar. Saya juga memotivasi dan memberi dorongan kepada pelajar. Saya akan berusaha untuk membuat pembelajaran lebih menyeronokkan dan memberikan sokongan yang diperlukan untuk mencapai kejayaan. Apa tunggu lagi, jadikan saya sebagai tutor anda hari ini.
Teknik Pengajaran
Saya menggunakan teknik-teknik yang bervariasi mengikut keupayaan pelajar. Saya juga menyediakan nota-nota yang mudah difahami oleh pelajar. Saya lebih gemar pengajaran dan pembelajaran secara santai agar pelajar lebih fokus pada suatu tajuk yang dipelajari. Akhir sekali, saya suka menarik minat pelajar dengan membuat kuiz secara dalam talian sebagai latihan harian pelajar. Pelajar juga dapat menilai tahap mereka bagi tajuk yang dipelajari pada hari tersebut.
Subjek
Subjek Tahap
P. Islam Tingkatan 1
Mengaji - Al-Quran Darjah 6, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Tingkatan 2, Tingkatan 1
Mengaji - Iqra Darjah 1, Darjah 2