mytutor_mobile
Profile Picture

Nur Anis *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Sastera Dengan Pendidikan (sejarah)

Universiti Sains Malaysia (Georgetown) (Telah Bergraduasi)

Tawau, Sabah

Fakulti Pendidikan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Anis. Saya merupakan graduan yang telah menamatkan pengajian dan memiliki ijazah ikhtisas dalam bidang pendidikan yang bermajorkan Sejarah dan berminorkan Bahasa Melayu. Pengalaman terakhir saya ialah mengajar tutor bagi pelajar SPM, tingkatan 5 bagi subjek Bahasa Melayu. Saya juga telah berjaya melaksanakan latihan mengajar atau pratikum selama 4 bulan bagi subjek Bahasa Melayu (Tingkatan 1), Sejarah (Tingkatan 4) dan Pendidikan Seni Visual (Tingkatan 2). Saya juga pernah menyediakan sebuah modul sejarah gabungan daripada buku-buku terbaik sebagai salah satu inisiatif bagi memudahkan pembelajaran. Di sini, saya ingin menambah pengalaman lagi untuk menjadi seorang pendidik yang lebih berjaya sementara menunggu panggilan bagi pengambilan guru yang seterusnya melalui SPP.
Teknik Pengajaran
Sepanjang saya bergelar sebagai graduan pendidikan, saya telah didedahkan dengan pedagogi pengajaran yang berkesan dan dapat menarik minat pelajar. Antaranya, melalui pengaplikasian teknik didik hibur, pembelajaran yang lebih signifikan melalui paparan video atau menggunakan bahan bantu mengajar secara bergambar. Saya juga mahir dalam mengaplikasikan pendekatan peta minda mengikut kesesuaian sesuatu topik pengajaran. Saya juga menerapkan aktiviti yang lebih melibatkan pelajar agar pelajar terlibat secara langsung dalam sesi pdp yang dilaksanakan. Saya juga akan memanfaatkan penggunaan digital secara maksimum sebagai penyampaian yang lebih baik dalam sesi pengajaran seiring dengan pendidikan masa kini. Matlamat saya adalah bagi memastikan pelajar bukan sekadar memahami ilmu yang disampaikan di samping dapat menghayati dan menerapkan nilai-nilai murni yang baik dalam kehidupan mereka. Hal ini juga secara langsung dapat menjadi peluang buat saya untuk menambahkan pengalaman sebagai bakal pendidik yang berkualiti suatu hari.
Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Melayu Tingkatan 1, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Tingkatan 2
Sejarah Tingkatan 4, Tingkatan 1, Tingkatan 2
Matematik Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3