Profile Picture

Dhiya Insyirah *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Applied Science (Industrial Chemistry)

Universiti Sains Malaysia (Georgetown) (Sedang Belajar)

Kajang, Selangor

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Salam perkenalan! Nama diberi Dhiya Insyirah, berasal dari negeri Selangor dan sedang melanjutkan pelajaran Ijazah sarjana muda dalam bidang kimia gunaan di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Sebelum ini, saya berjaya meraih keputusan cemerlang bagi peperiksaan SPM 2021 dan menyambung pelajaran ke peringkat asasi sebagai persediaan sebelum menyambung pelajaran ke peringkat seterusnya. Saya pernah dilantik sebagai guru muda bagi subjek kimia ketika sekolah menengah dan pernah menjadi tutor matematik SPM (atas talian) selama 4 bulan di bawah NGO Rakan Tutor. Pengalaman yang ada tidaklah sehebat mana, namun saya mempunyai minat yang mendalam untuk mengajar dan membimbing rakan-rakan SPM supaya mereka tidak berasa berat untuk menghadapi peperiksaan. Saya seorang yang santai tetapi tetap tegas dalam mengajar kerana bagi saya elemen ceria dan tenang itu perlu diterapkan ketika belajar.
Teknik Pengajaran
Saya akan menggunakan platform Google Meet ataupun Zoom ketika mengajar. Sebelum memulakan sesi pembelajaran, saya akan menyediakan nota digital sebelum kelas berlangsung ( nota digital tersebut bersumberkan buku teks dan buku rujukan yang relevan dengan silibus) . Saya juga akan mencari koleksi soalan percubaan untuk membiasakan pelajar dengan contoh soalan. Tidak lupa juga latih tubi soalan aneka pilih (multiple choice question) untuk mengulang kaji topik secara cepat. Akhir sekali, suka untuk saya dengar pendapat ataupun maklum balas daripada pelajar dan juga ibu bapa supaya saya dapat meningkatkan kualiti pengajaran saya.
Subjek
Subjek Tahap
Kimia - Bahasa Melayu Tingkatan 4, Tingkatan 5
Kimia - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 4, Tingkatan 5