Profile Picture

Nur Afiqah *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana(master) - Chemistry

Universiti Malaysia Sarawak (Sedang Belajar)

Kuching, Sarawak

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Miss Afiqah, merupakan pelajar pascasiswazah (Master) di sebuah univeristi awam Malaysia. Disamping menjadi pelajar, saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi dan berpengalaman selama 3 tahun dalam mendidik pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Subjek sains dan kimia merupakan subjek major saya dalam dunia pendidikan, manakala Matematik merupakan subjek minor. Berkemahiran dalam penyusunan modul menjadikan saya seorang pendidik yang dapat melahirkan ramai pelajar cemerlang. Saya juga berpengalaman dalam mengajar tutor secara fizikal. Saya juga pakar dalam meningkatkan motivasi dan disiplin dalam kalangan pelajar. Nak anak skor cemerlang serta tingkatkan keyakinan anak anda? Hubungi saya hari ini.
Teknik Pengajaran
Berpengalaman selama 3 tahun dalam industri pendidikan, saya menerapkan teknik-teknik yang menarik bergantung kepada keupayaan para pelajar. Saya juga mengaplikasikan teknik didik hibur dalam mencapai objektif pembelajaran. Pendekatan peta minda merupakan kepakaran saya bergantung kepada keperluan subjek. Pelbagai pendekatan saya gunakan untuk memastikan para pelajar berupaya memahami ilmu sains yang diajar. Kepuasan anak-anak dalam mencapai kecemerlangan merupakan visi saya sebagai pendidik.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Darjah 1, Darjah 2
Sains Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Kimia - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 4