mytutor_mobile
Profile Picture

Nur Emilia *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Mathematics

Universiti Teknologi MARA (Puncak Alam) (Telah Bergraduasi)

Batu Kurau, Perak

Fakulti Pendidikan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Menjadi tutor merupakan minat saya dan saya sering mencari peluang untuk menjadi tutor jika terdapat masa lapang. Saya mula menjadi tutor setelah saya menghabiskan praktikal saya di sekolah. Sebelum ini, saya hanya menjadi tutor secara sendiri dan peribadi. Melalui pengalaman saya yang sudah hampir setahun menjadi tutor peribadi, saya merasakan saya sudah bersedia untuk menjadi tutor melalui applikasi dan laman web untuk meluaskan lagi skala pengalaman serta menimba ilmu baharu. Subjek utama saya ialah Matematik, tetapi saya juga berkebolehan untuk mengajar Matematik Tambahan dan Sains sehingga silibus tingkatan 5. Saya harap penjelasan saya mencukupi bagi menerangkan sedikit sebanyak mengenai saya. Selebihnya akan saya tingkatkan jika saya terpilih menjadi tutor.
Teknik Pengajaran
Saya menggunakan silibus terkini sekolah namun saya mengolah cara menjawab supaya lebih mudah difahami dan digunakan oleh murid. Untuk memudahkan murid menghafal, saya banyak menggunakan akronim dan singkatan yang menarik dan kelakar. Bagi saya, penggunakan akronim bagi menghafal sesuatu sangat berkesan kerana murid tidak merasakan ianya sesuatu yang sukar. Sesi tutor saya tidak akan bosan kerana saya akan selitkan cerita dan bual kosong bagi mengelakkan murid mengantuk dan menjadikan murid lebih relaks. Saya akan pastikan murid menerima nota tambahan dan tips jika perlu bagi memantapkan lagi kefahaman murid selepas waktu kelas.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Matematik Tambahan Tingkatan 4, Tingkatan 5