Profile Picture

Amirah Husna *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Doktor Perubatan Veterinar

Universiti Malaysia Kelantan (Pengkalan Chepa) (Telah Bergraduasi)

Mentakab, Pahang

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Hi dan Salam sejahtera semua. Saya merupakan seorang graduan Doktor Perubatan Veterinar dan sedang bekerja dalam bidang tersebut. Walaupun saya merupakan Doktor Haiwan, saya sangat berminat untuk mengajar dan mendidik pelajar terutama pelajar sekolah rendah. Saya seorang yang tegas namun sangat ramah dan bersemangat tinggi dalam membantu anak didik saya mencapai matlamat dan keinginan mereka untuk berjaya dalam pelbagai bidang. Saya sangat komited dan berdedikasi terhadap anak didik saya bagi memastikan mereka memahami setiap ilmu yang diberikan untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam setiap subjek yang diajar. Saya pandai menyusun strategi untuk mengambil hati pelajar saya agar mereka berminat dan suka dengan sesi pembelajaran yang dilaksanakan oleh saya.
Teknik Pengajaran
Pertama, saya akan melihat kepada potensi dan kebolehan pelajar untuk memastikan setiap kaedah pembelajaran yang sesuai dilakukan kepada pelajar tersebut. Dalam sesi pembelajaran, saya juga menggunakan kaedah didik hibur kepada pelajar supaya pelajar tidak mudah bosan serta mencapai objektif pembelajaran. Teknik latih tubi, pembentukkan akronim, nota yang yang ringkas dan menarik, soal jawab bersama pelajar serta lain-lain lagi yang akan disediakan untuk memastikan pelajar memahami setiap ilmu yang diajarkan kepada pelajar.
Subjek
Subjek Tahap
Mengaji - Iqra Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Matematik Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Membaca - BI Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Membaca - BM Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 5
Bahasa Melayu Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 6
Sains Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
P. Islam Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Asas Fardhu Ain Darjah 1, Darjah 3, Darjah 2
Prasekolah - 3M Tadika