mytutor_mobile
Profile Picture

Mastura Binti *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Pengajian Qur'an Dan Sunnah

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Gombak) (Telah Bergraduasi)

Kangar, Perlis

Fakulti Pendidikan

Tutor Training

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Mendalami Ilmu Quran dan Sunnah selama 5 tahun di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), saya merupakan graduan yang telah berjaya menerima anugerah Rector's List hasil daripada pencapaian akademik yang konsisten sebagai Dean's List pada setiap semester. Saya mempunyai minat yang mendalam terhadap bidang Al-Quran dan ilmu-ilmu berkaitan dengannya. Saya mempunyai pengalaman mengajar Iqra dan Al-Quran kepada pelajar lingkungan 5-15 tahun sejak 2023 secara online. Saya turut mempunyai Tauliah Mengajar Al-Quran dan Tajwid yang telah disahkan oleh Jabatan Mufti Negeri Perlis. Kini, saya sedang melanjutkan pelajaran dalam Master in Education (Guidance and Counseling) kerana minat saya dalam bidang pengajaran serta kepekaan saya terhadap tingkahlaku pelajar. Matlamat saya adalah untuk mewujudkan perspektif baru dalam pengajian Al-Quran, iaitu untuk mengajak umat manusia mendalami rahsia dan keindahan wahyu Allah sejak usia kecil. Jom bersama saya meneroka ilmu Al-Quran.
Teknik Pengajaran
Bagi mewujudkan keseronokan untuk belajar Al-Quran, saya suka menerapkan elemen visual. Penggunaan warna yang pelbagai, serta gambar dan video merupakan antara teknik saya untuk menarik minat pembaca Al-Quran. Di samping itu, saya turut gemar menyediakan latihan-latihan untuk mempraktikkan teori yang telah dipelajari. Saya juga tidak lokek untuk berkongsi ilmu tentang tafsir dan tadabbur pada ayat-ayat terpilih. Anda tidak akan dimarahi jika tidak tahu mengaji, kerana Allah SWT sendiri telah memuji anda atas usaha membaca kitab-Nya!
Subjek
Subjek Tahap
Mengaji - Al-Quran Mengaji