mytutor_mobile
Profile Picture

Intan Afrina *******

(Dalam Talian)

Diploma / Stpm - Pentadbiran Awam

Universiti Teknologi MARA (Raub) (Sedang Belajar)

Kuantan, Pahang

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya seorang pelajar universiti yang sedang menuntut ilmu dalam bidang pentadbiran awam. Saya mempunyai minat untuk menjadi seorang pendidik dan ingin berkongsi ilmu dengan semua orang. Dengan pengalaman saya dalam bidang pengucapan awam sewaktu sekolah menengah, saya percaya bahawa saya akan mampu untuk berkomunikasi dengan baik sepanjang menjadi tutor. Saya juga merupakan seorang yang peramah dan mudah disenangi golongan kanak kanak serta mudah bergaul dengan remaja yang mungkin tidak jauh beza umurnya daripada saya. Selain itu, saya seorang yang menepati masa dan komited dengan tugas yang diamanahkan. Saya akan memastikan sesi pembelajaran dijalankan dengan efisien dan efektif. Kreativiti dan keistimewaan yang ada pada diri saya akan saya terapkan sepanjang menjadi tutor agar anak didik saya mendapat pengalaman belajar yang menyeronokkan, dan memuaskan hati para ibu bapa.
Teknik Pengajaran
Teknik pengajaran saya ialah study smart and study right. Saya akan memastikan sesi tutoring dijalankan dengan smart iaitu dengan menggunakan teknik penceritaan, metaphor yang menarik dan penggunaan singkatan yang menarik dan bersesuaian. Saya juga akan melakukan sesi perbincangan dua hala antara saya dan anak didik saya. Perbincangan ini ialah secara interaktif dan kasual tanpa formaliti agar anak didik saya tidak berasa canggung dengan saya. Selain itu, saya akan menyediakan bahan yang menarik, dan 'up to date' dengan minat generasi sekarang. Study right juga merupakan teknik pengajaran saya di mana saya akan memastikan anak didik saya tidak mendapatkan info info pelajaran yang tidak relevan dan tidak sahih. Saya akan memberikan bahan mengikut skop yang perlu mereka pelajari sahaja dan tidak akan memberikan tekanan kepada mereka dengan menambah apa apa info yang tidak berkaitan. Ini dapat mengelakkan daripada murid berasa mudah bosan dan tertekan.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Darjah 3
Membaca - BM Darjah 3
Bahasa Melayu Tingkatan 3
Sejarah Tingkatan 3