mytutor_mobile
Profile Picture

Muhammad Syafiq *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Science

Universiti Sains Malaysia (Georgetown) (Sedang Belajar)

Tasek Gelugor, Pulau Pinang

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya merupakan seorang pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Sains di Universiti Sains Malaysia. Matematik merupakan subjek major saya. Berdasarkan pengalaman sebagai seorang pelajar, saya akan memastikan pelajar memahami konsep matematik dengan mudah dan bersemangat. Saya akan membimbing pelajar menguasai kaedah matematik bermula daripada asas hingga cekap.
Teknik Pengajaran
Kaedah memahami konsep berbanding hafalan semata-mata akan membuat pelajar mengingati dengan lebih lama konsep tersebut kerana mereka terlibat secara aktif dalam mengaitkan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru. Saya akan menggunakan teknik ilustrasi dan slide presentation yang kreatif dalam menarik minat pelajar memahami setiap topik tanpa merasa bosan. Penglibatan pelajar secara aktif mampu meningkatkan pembelajaran secara konstruktivisme. Menggalakkan pelajar bertanya dan berdialog sesama mereka dan bersama tutor, menyokong pembelajaran secara koperatif dan menggalakkan proses inkuiri pelajar melalui kajian dan eksperimen merupakan anatar elemen penting pembelajaran secara konstruktivisme.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Tingkatan 4, Tingkatan 5
Matematik Tambahan Tingkatan 4, Tingkatan 5