mytutor_mobile
Profile Picture

Nurul Arheesha *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Pendidikan Islam

Institut Pendidikan Guru (Sedang Belajar)

Chukai, Terengganu

Institut Perguruan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Tentang diri saya, saya merupakan pelajar lepasan SPM dan sedang melanjutkan pelajaran di IPG Kampus Bahasa Melayu. Diberi nama Arheesha atau lebih dikenali sebagai Esha. Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi dan menepati masa. Walaupun saya masih seorang pelajar, saya tetap mempunyai pengalaman dalam pengajaran. Saya pernah menjadi tutor di sekolah saya bagi subjek Matematik dan Pendidikan Islam. Saya juga pernah dijemput oleh PPD Kemaman untuk menjadi tutor subjek Matematik bagi seminar 'Aku Nak Lulus Math' yang berlangsung di sekolah saya selama satu hari. Selain itu, saya juga berpengalaman dalam mengajar hukum tajwid bagi pelajar sekolah rendah serta mempunyai sijil khatam al-Quran. Saya juga seorang yang peramah dan suka membantu pelajar untuk mencapai target yang mereka inginkan. Ingin bantu anak anda mencapai kecemerlangan? Hubungi saya hari ini.
Teknik Pengajaran
Berpengalaman dalam mengendalikan seminar di daerah, saya lebih menerapkan teknik-teknik yang menarik pelajar mengikut kesesuaian peredaran zaman mereka. Selain itu, saya juga akan sentiasa mengakhiri pengajaran saya dengan kata-kata motivasi agar pelajar tidak berputus asa terutama bagi subjek Matematik. Sebagai contoh, motto yang sentiasa saya gunakan ketika mengendalikan seminar atau tutor ialah 'Tidak mengapa jika belum mencapai gred A, asalkan ada perubahan pada setiap peperiksaan'. Akhir sekali, saya juga menggunakan slide canva atau akronim bagi memudahkan pelajar untuk mengingat sesuatu fakta seperti subjek Pendidikan Islam. Setiap peningkatan dalam skor peperiksaan mereka merupakan visi yang akan saya terapkan dalam pengajaran saya.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Darjah 6
P. Islam Darjah 6
Jawi Darjah 6
Mengaji - Al-Quran Darjah 6, Darjah 4, Darjah 3, Darjah 5
Mengaji - Iqra Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Tadika