mytutor_mobile
Profile Picture

Muhammad Hakim *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Tahfiz Al-quran Dan Qira'at Dengan Pendidikan

Universiti Pendidikan Sultan Idris (Sedang Belajar)

Pasir Mas, Kelantan

Fakulti Pendidikan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Assalamualaikum Wbt, Saya merupakan seorang pelajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris dan sedang mengambil Ijazah Sarjana Muda Tahfiz Al-Quran dan Qiraat dengan Pendidikan. Saya juga mempunyai Diploma di dalam bidang Tahfiz Al-Quran dan Qiraat di Darul Quran Jakim. Saya yakin bahawa saya boleh mengajar dalam bidang Al-Quran ini dek kerana pengalaman dan pendidikan yang sudah saya lalui berkaitan Al-Quran dan ilmu agama sejak dari bangku sekolah lagi. Selain itu saya juga telah memasuki bidang tahfiz ini diperingkat menengah lagi iaitu saya adalah merupakan bekas pelajar di Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat Pulai Chondong, Kelantan. Walaubagaimanapun, saya bukanlah sahaja telah melalui fasa pembelajaran semata, namun telah juga membiasakan diri dalam menjadi guru/ustaz mengajar mengaji Al-Quran di salah sebuah Masjid di Kuala Selangor serta pernah mengajar mengaji secara atas talian.
Teknik Pengajaran
Teknik pengajaran yang akan saya gunakan adalah pembelajaran secara dua hala, iaitu dimana pelajar akan membaca ayat Al-Quran dan diperhatikan oleh saya sendiri. jika ada kesalahan maka disitulah saya akan menegurnya dan sesi soal jawab ataupun pengajaran akan berlaku. Contoh tersebut adalah bagi individu yang telah hampir mahir untuk membaca ayat suci Al-Quran. Manakala bagi individu yang tidak tahu langsung tentang cara bacaan ayat Al-Quran, maka saya akan mendahului diri mereka dengan mengajar mereka daripada mengenal huruf hijaiyyah, mengetahui cara bacaan perkataan demi perkataan sehinggalah mampu untuk membaca ayat Al-Quran dengan baik serta dapat mengkhatamkan kesemua ayat Al-Quran tersebut.
Subjek
Subjek Tahap
Mengaji - Al-Quran Mengaji
Mengaji - Iqra Dewasa, Tadika, Tingkatan 4