mytutor_mobile
Profile Picture

Sanisha A/p *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Bahasa Melayu

Institut Pendidikan Guru (Telah Bergraduasi)

Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur

Institut Perguruan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Sha yang merupakan graduan IPG selama 5 tahun dan seorang guru sekolah rendah di sebuah sekolah aliran Tamil yang berpengalaman selama 4 tahun. Subjek bahasa Melayu merupakan subjek major saya manakala saya boleh mengajar subjek-subjek lain yang beraliran bahasa Inggeris dan juga Tamil. Saya merupakan Jurulatih Utama Bahasa Melayu di daerah sekolah saya mengajar yang sangat peka tentang maklumat-maklumat terkini tentang subjek Bahasa Melayu. Dunia digital merupakan kelebihan saya di mana saya dapat menganalisis kelebihan dan kelemahan diri murid dalam pembelajaran dan cuba untuk meningkatkan kelemahan murid menggunakan PdP melalui digital. Hubungi Cikgu Sha sekarang juga jika anda ingin kuasai pembelajaran di sekolah rendah terutamanya bahasa Melayu!
Teknik Pengajaran
Saya berpengang pada DSKP yang mengandungi ketiga-tiga kemahiran dan dua aspek. Saya menerapkan teknik pembelajaran Abad ke-21 sama seperti di bilik darjah yang lebih menyerupai pendigitalan seperti permainan bahasa, kuiz dan juga latih tubi. Murid-murid dapat tertarik dengan teknik pengajaran saya yang dapat meningkatkan motivasi mereka untuk meningkatkan penguasaan bahasa Melayu mereka.
Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Melayu Darjah 6, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5
Matematik - Bahasa Tamil Darjah 2
Sains - Bahasa Tamil Darjah 2, Darjah 3
Bahasa Tamil Darjah 2, Darjah 3