mytutor_mobile
Profile Picture

Nursyazleenda Binti *******

(Dalam Talian)

Asasi/a-level - Sains Hayat

Kolej Matrikulasi Selangor (Sedang Belajar)

Klang, Selangor

Tutor Training

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya merupakan seorang tutor yang komited namun ceria serta bersemangat tinggi dalam membantu anak didik saya untuk mencapai keputusan yang cemerlang. Merupakan bekas pelajar MRSM dan memperoleh 9A dalam SPM 2020, yakni tahun covid-19 membuatkan saya berkemahiran menggunakan sistem didik dalam talian. Saya juga merupakan tutor angkat di zaman sekolah saya membuatkan saya berpengalaman mendidik dan bijak menyusun silibus pembelajaran untuk anak didik saya. Saya akan sentiasa memastikan anak didik saya mencapai matlamat mereka. Saya juga pandai mengambil hati pelajar agar mereka menyukai sesi pengajaran dan pembelajaran yang saya jalankan. Jadikan saya tutor anda hari ini!
Teknik Pengajaran
Saya mengunakan kaedah didik hibur untuk memastikan pelajar tidak mudah bosan. Saya lebih gemar menggunakan objek di sekitar atau situasi sebenar sebagai bahan belajar agar pelajar lebih mudah mengaplikasikan dalam pembelajaran dan dalam kehidupan kerana belajar untuk hidup merupakan slogan saya, hal ini dapwt membuatkan anak murid saya jelas akan kenapa perlunya belajar, maka mereka tidak akan rasa terbeban, sebaliknya rasa dilengkapi.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Darjah 4, Darjah 5, Darjah 2
Bahasa Inggeris Darjah 3, Darjah 1
Mengaji - Al-Quran Tingkatan 1, Darjah 6, Darjah 5, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Mengaji
Mengaji - Iqra Darjah 6, Darjah 5
Mengaji - Al-Quran Dewasa
Bahasa Melayu Dewasa