mytutor_mobile
Profile Picture

Jenny Gennivie *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Diploma / Stpm - Pengurusan Hotel Dan Pelancongan

Universiti Teknologi MARA (Kota Kinabalu) (Telah Bergraduasi)

Kota kinabalu, Sabah

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Pendidikan merupakan asas utama yang membentuk generasi muda kita yang kelak akan memimpin generasi seterusnya ke arah pembangunan yang lagi maju di masa akan datang. Oleh itu, saya sangat berdedikasi didalam tugas saya untuk membantu pelajar mencapai keputusan yang cemerlang di setiap peperiksaan. Saya juga akan membantu pelajar untuk memahami setiap masalah yang dihadapi dan juga jalan penyelesaiannya. Pernah berkerja sebagai pembantu taska dan juga part time tuisyen, matlamat saya cuma memastikan keadaan pembelajaran pelajar selesa dan senang di fahami.
Teknik Pengajaran
Teknik pembelajaran saya adalah yang pertama melalui kaedah masalah dan penyelesaian sesuatu masalah . Teknik ini digunakan agar pelajar boleh mengenal pasti sendiri masalah yang dihadapi dan saya akan membantu mereka dalam penyelesaian masalah tersebut. Ini amat berguna untuk pelajar memahami lebih jelas dan seterusnya bila mereka menjumpai soalan2 berciri begini, mereka boleh menjawap dengan mudah. Kedua, melalui teknik kuiz. Teknik ini lebih mudah dan cepat untuk mereka faham tanpa menghabiskan masa yang banyak di area yang tidak berkaitan. Ketiga , saya juga mengunakan teknik ‘role play’ . Bagi pelajar yang mempunyai masalah memahami isi kandungan dalam pembelajaran, teknik ini memudahkan mereka belajar dan juga mewujudkan suasana pembelajaran yang lagi seronok dan tidak membosankan.
Subjek
Subjek Tahap
Prasekolah - 3M Tadika
Matematik Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Membaca - BI Tadika, Darjah 1
Membaca - BM Tadika, Darjah 1
Bahasa Melayu Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Bahasa Inggeris Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5
Pendidikan Moral Darjah 5, Darjah 6
Sejarah Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3