mytutor_mobile
Profile Picture

Azmin Bin *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Sejarah (sk)

Institut Pendidikan Guru (Sedang Belajar)

Machang, Kelantan

Institut Perguruan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Azmin. Saya merupakan guru pelatih di IPG Kampus Darulaman. Saya merupakan orang Terengganu dan tinggal di Kelantan. Saya mempunyai pengalaman dalam mengajar sejak saya berada di SM Sains Setiu lagi. Saya telah dilantik untuk menjadi tutor bagi subjek Sejarah dan Biologi bagi membantu rakan saya yang lain. Tambahan pula, saya baru sahaja menyelesaikan praktikum di sekolah rendah di kawasan Jitra. Prestasi saya yang memberangsangkan semasa praktikum telah memberi peluang untuk saya dicalonkan sebagai calon rentas. Dalam masa yang berbaki kurang 2 tahun lagi di IPG saya ingin meneroka pengalaman pendidikan yang baru sebelum bertugas di sekolah. Semoga pengetahuan dan pengalaman saya dapat dikongsi dan dipertingkatkan bersama
Teknik Pengajaran
Teknik mengajar saya lebih berfokus kepada komunikasi dua hala. Saya juga akan pastikan bahawa semua murid akan terlibat semasa proses PdP agar tiada murid yang ketinggalan. Bagi menambah fokus murid, saya akan menanyakan beberapa soalan semasa proses PdP. Saya banyak mengamalkan kaedah Kontekstual yang mana memberikan penerangan dahulu kepada murid. Kemudian saya akan memberi ruang untuk murid meneroka dengan mengaitkan isi pembelajaran dengan contoh terdekat dalam kehidupan seharian murid. Saya akan pastikan bahawa murid tidak akan menghafal semata-mata fakta sejarah malah akan menghayati intipati nilai sejarah yang disampaikan.
Subjek
Subjek Tahap
Sejarah Darjah 5, Darjah 4, Darjah 6