mytutor_mobile
Profile Picture

Shitralega A/p *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Perkhidmatan Kewangan(financial Service)

Universiti Pendidikan Sultan Idris (Sedang Belajar)

Kinta, Perak

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Nama saya Shitralega Murali. Saya sedang melanjutkan pelajaran saya di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Subjek yang saya paling suka ialah bahasa Inggeris, matematik, ekonomi, dan sejarah. Saya merupakan individu yang bersemangat dan penuh dedikasi dalam setiap perjalanan kehidupan saya. Dengan keinginan yang kuat untuk terus belajar dan berkembang, saya sentiasa mencari peluang untuk memberi impak positif dalam komuniti saya. Saya percaya dalam pentingnya kerjasama dan keadilan, serta komitmen terhadap nilai-nilai seperti integriti dan empati. Dengan keupayaan komunikasi yang baik dan semangat untuk membantu orang lain, saya berharap dapat terus memberi sumbangan yang bermakna dalam mencapai matlamat dan aspirasi saya.
Teknik Pengajaran
Saya suka mengajar orang lain supaya melalui proses tersebut saya juga memperoleh ilmu. Saya akan mengamalkan teknik bercerita supaya pelajar berminat untuk belajar. Sebagai contohnya, saya akan mengajar subjek sejarah dengan menggunakan gambar-gambar yang menarik sambil bercerita supaya pelajar lagi minat untuk mengetahui lebih lanjut dan boleh ingat. Selain itu, saya juga akan menggunakan teknik tunjuk cara. Saya akan menggunakan teknik ini supaya pelajar memahami perkara yang hendak dipelajari setelah melalui prosedur yang ditunjukkan. Teknik ini boleh diguna untuk subjek sains dan matematik. Bagi subjek yang melibatkan bahasa, saya akan menggalakkan pelajar membaca dan menulis banyak esei atau karangan supaya pelajar dapat mengetahui kosa kata yang baharu. Saya juga mengajar pelajar cara untuk menulis karangan yang terbaik dalam kedua-dua bahasa, sama ada bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Tingkatan 4, Tingkatan 5, Tingkatan 3, Tingkatan 1
Bahasa Inggeris Tingkatan 4, Tingkatan 5, Tingkatan 3
Pendidikan Moral Tingkatan 4, Tingkatan 5
Bahasa Tamil Tingkatan 4, Tingkatan 5
Sejarah Tingkatan 4, Tingkatan 5, Tingkatan 3
Ekonomi Tingkatan 4, Tingkatan 5
Perniagaan Tingkatan 4, Tingkatan 5
Matematik - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 4, Tingkatan 3
Bahasa Melayu Tingkatan 5, Tingkatan 3
Sains Tingkatan 3
Membaca - BI Tadika
Membaca - BM Tadika