mytutor_mobile
Profile Picture

Nurin Elmikamilia *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Bahasa Melayu

Institut Pendidikan Guru (Sedang Belajar)

Sungai Petani, Kedah

Institut Perguruan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Nurin. Saya merupakan seorang pelajar yang sedang menuntut di Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu. Subjek major saya ialah Bahasa Melayu dan sepanjang berada di IPG sudah semestinya saya telah dipersiapkan untuk menjadi seorang guru Bahasa Melayu bagi murid sekolah rendah dan mengetahui cara mengendalikan murid dengan baik. Saya gemar melayani kanak-kanak dan amat berdedikasi dalam menjalankan tanggungjawab sebagai pendidik. Akhir sekali, saya pasti untuk mengajar dan membimbing anak murid saya dengan sebaik mungkin.
Teknik Pengajaran
Saya berpengalaman dalam mengajar murid yang lemah dalam kemahiran membaca secara bersemuka di sekolah dalam program bersama antara sekolah dan IPG. Tidak dilupakan juga, saya menerapkan pembelajaran secara digital yang menggunakan aplikasi dan laman web pembelajaran yang terkini dalam sesi Pengajaran dan Pembelajaran contohnya pembelajaran tatabahasa dan seni bahasa. Pelbagai usaha dan pendekatan saya gunakan seperti menyediakan bahan bantu mengajar dan bahan bantu belajar yang menarik bagi memastikan murid saya mencapai objektif pembelajaran dan memahami isi pembelajaran pada hari tersebut. Saya turut berkemahiran dalam memberikan motivasi kepada murid untuk membantu meningkatkan motivasi dalam belajar mereka. Kecemerlangan murid saya amat diutamakan.
Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Melayu Darjah 4, Darjah 3, Darjah 5
Membaca - BM Darjah 1, Darjah 2
Membaca - BI Darjah 1