mytutor_mobile
Profile Picture

Rasyidah Zahirah *******

(Dalam Talian)

Diploma Pascasiswazah - Perakaunan/ Matematik

Universiti Utara Malaysia (Sintok) (Sedang Belajar)

Alor Gajah, Melaka

Fakulti Pendidikan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya merupakan seorang tutor yang berjiwa tinggi dalam mendidik pelajar. Mempunyai latar belakang pendidikan dalam Perakaunan sewaktu SPM sehingga sarjana muda dan meneruskan pengajian dalam diploma pendidikan dalam jurusan Matematik. Malahan mempunyai pengalaman menjadi seorang guru untuk Bahasa Melayu tingkatan 1 sehingga 3. Dengan pengalaman dan juga kemahiran yang dimiliki, saya lebih yakin untuk memastikan anak puan dan tuan berjaya dalam mendalami ilmu pengetahuan di bawah saya. Sebagai seorang tutor, saya akan cuba untuk memahami masalah yang dihadapi oleh anak puan tuan bagi memudahkan saya untuk menyesuaikan teknik pengajaran saya. Justeru, hubungi saya untuk meningkatkan keyakinan dan percapaian anak tuan puan!
Teknik Pengajaran
Saya menggunakan pelbagai kaedah pengajaran bergantung kepada kemampuan anak tuan puan. Malahan saya mengamalkan konsep untuk memahami bukan hanya mengingati kerana saya yakin jika anak tuan puan faham tentang sesuatu konsep topik tersebut, ini akan memudahkan anak tuan puan untuk lebih yakin dalam menjawab pelbagai soalan. Malahan dengan latihan yang cukup membantu meneroka pelbagai jenis soalan yang mungkin akan ditanya di dalam peperiksaan.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Darjah 6, Darjah 5
Prinsip Perakaunan Tingkatan 4, Tingkatan 5
Bahasa Melayu Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3