mytutor_mobile
Profile Picture

Anis Zulaikha *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Sains Fizik

Universiti Teknologi MARA (Puncak Alam) (Telah Bergraduasi)

Kulim, Kedah

Fakulti Pendidikan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya adalah graduan lepasan bidang pendidikan dan merupakan seorang tutor yang komited dan bertanggungjawab dalam memastikan anak didik saya bersemangat dan faham sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran. Saya akan cuba pelbagai teknik pengajaran bagi memastikan anak didik saya dapat menguasai subjek yang diajar dengan cemerlang. Saya percaya setiap pelajar mempunyai kelebihan dan cara belajar tersendiri. Jadi, saya akan mengajar setiap anak didik menggunakan cara yang bersesuaian dengan pelajar tersebut. Oleh itu, mari hubungi saya dan jadikan saya sebagai tutor anda hari ini.
Teknik Pengajaran
Saya mempunyai pengalaman mengajar subjek sains di SMK Setia Alam. Saya banyak menggunakan teknik demonstrasi bagi meningkatkan kefahaman pelajar. Saya juga menyediakan bahan mengajar dan nota yang menarik menggunakan Powerpoint dan saya juga memberi latihan untuk mempersiapkan pelajar saya dengan kemahiran penyelesaian masalah. Selain itu, saya juga mempunyai pengalaman mengajar membaca iqra’. Saya menggunakan teknik ulang sehingga lancar supaya anak didik saya dapat mengenal huruf dan membaca dengan sebaiknya.
Subjek
Subjek Tahap
Sains Darjah 6, Tingkatan 4
Bahasa Arab Darjah 6, Darjah 5
Mengaji - Iqra Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Tadika
Fizik - Bahasa Melayu Tingkatan 4