Profile Picture

Siti Shafiyah

(Online)

Sarjana Muda - Fiqh Dan Fatwa

Universiti Sains Islam Malaysia (Ongoing Study)

Sungai Petani, Kedah

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya Shafiyah. Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi serta bersemangat waja bagi membimbing anak didik saya kelak. Saya seorang yang ceria, peramah dan penyabar walau apa jua keadaan. Saya pernah menjadi tutor mengaji al quran dan tajwid sebelum ini. Tambahan pula, saya seorang mahir dalam bidang agama serta matematik. Saya akan pastikan kelas yang saya mengajar itu tidak membosankan mereka akan tetapi saya akan membantu mereka untuk menjadi pelajar yang aktif bagi meransang minda yang cerdas. Saya juga amat menitik beratkan soal pengurusan masa terutamanya semasa belajar. Oleh itu, harapan saya kepada bakal anak didik saya semoga mereka bakal memperoleh kejayaan yang cemerlang di dunia mahupun di akhirat.
Teaching Method(s)
Saya akan memberikan peta minda kepada pelajar bagi memudahkan mereka untuk memahami sesuatu tajuk itu. Setelah itu, saya akan menerangkan satu persatu kandungan yang terdapat dalam tajuk itu. Kemudiannya, saya akan memberikan beberapa soalan kepada pelajar bagi menguji kefahaman mereka. Saya juga akan menggunakan bahan bantuan mengajar yang lain. Di dalam kelas saya, saya akan menggunakan kaedah yang tidak membosankan pelajar bagi mengelakkan mereka mengantuk semasa belajar.
Subject
Subject School Level
Mengaji - Iqra Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
P. Islam Darjah 3, Darjah 1, Darjah 2
Bahasa Arab Darjah 3, Tadika, Darjah 1, Darjah 2, KAFA - Darjah 5, Tingkatan 5
Jawi Darjah 3, Tadika, Darjah 1, Darjah 2
Mengaji - Al-Quran Darjah 3, Darjah 1, Darjah 2
Fekah KAFA - Darjah 5
Ulum syariah - Ibadah KAFA - Darjah 5
Tilawah Al-Quran KAFA - Darjah 5
Hafazan KAFA - Darjah 5
Tajwid KAFA - Darjah 5