Profile Picture

Muhammad Syafiq *******

Sarjana Muda - Civil Engineering

Universiti Teknologi MARA (Shah Alam) (Graduated)

Cheras, WP Kuala Lumpur

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Saya adalah seorang graduan ijazah sarjana muda lepasan Universiti Teknologi MARA dalam jurusan kejuruteraan awam yang telah bergraduasi pada 2022. Sekarang, saya sedang bekerja di bidang kejuruteraan tetapi mempunyai minat yang tinggi dalam mengajar dan menyampaikan ilmu. Sepanjang tempoh saya mengambil diploma dan ijazah sarjana muda, saya kerap mengajar rakan-rakan dalam pelbagai mata pelajaran, khususnya yang berkaitan dengan pengiraan. Saya mahir dan pantas dalam melakukan pengiraan serta mempunyai semangat yang tinggi. Saya seorang ramah dan mudah untuk didekati. Sebagai bekas lepasan dari jurusan kejuruteraan awam, saya mahir dalam menyusun jadual dan mahir dalam mata pelajaran yang kompleks dan saya pasti ianya akan dapat digunapakai dalam mengajar.
Teaching Method(s)
Teknik atau pendekatan utama yang saya ingin gunakan adalah supaya pelajar berasa selesa dan tidak merasa tekanan (pressure) ketika diajar oleh saya. Saya tidak menggunakan approach terlampau tegas dan garang, sebaliknya cuba memahami pelajar dan cuba sedaya upaya untuk memahamkan pelajar. Apabila pelajar berasa selesa, tenang, bebas dari perasaan takut dan anxiety, nescaya hati pelajar akan terbuka untuk menerima ilmu dan menyiapkan apa-apa tugasan yang diberikan oleh tutor. Selain itu, saya akan cuba selitkan lawak atau topik semasa yang berkait dengan subjek yang diajar untuk menghiburkan pelajar.
Subject
Subject School Level

Tutor Nearby