Profile Picture

Ungku Faqihah *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Sains Aktuari

Universiti Malaya (Pantai Dalam) (Sedang Belajar)

Pasir Gudang, Johor

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Ungku Faqihah, pelajar tahun akhir Ijazah sarjana muda di Universiti Malaya. Saya mempunyai sedikit pengalam mengajar subjek-subjek SPM seperti matematik tambahan dan matematik. Sejak di bangku sekolah lagi, saya telah dilatih mengajar rakan- rakan sebaya saya apabila saya dilantik menjadi guru muda bagi subjek sejarah dan matematik tambahan. Tambahan pula, saya banyak mengikuti program mentor-mentee antara sekolah-sekolah menengah di kawasan klang dan sekola-sekolah berasrama penuh di zon tengah dengan menjadi mentor kepada subjek-subjek sains seperti biologi, kimia dan fizik. Ketika saya di universiti, saya pernah menyertai persatuan sukarelawan UM dan menjadi ajk untuk aktiviti UM Smart Tutor. UM Smart Tutor ini ialah program untuk mengajar pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah pada hujung minggu. Selain itu, saya juga pernah menjadi pengarah kepada program Learn to Excel iaitu juga program tuisyen, tetapi pesertanya terdiri daripada pelajar yang bakal mengambil SPM. Program itu menyediakan tuisyen untuk subjek fizik, kimia, biologi, matematik dan matematik tambahan
Teknik Pengajaran
Teknik pengajaran saya berlandaskan peta minda dan latih tubi untuk pelajar-pelajar. Saya lebih suka mengajar menggunakan peta minda supaya pelajar dapat belajar secara keseluruhan tentang topik itu. Kemudian, saya akan menyediakan soalan-soalan latih tubi untuk pelajar-pelajar saya
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Tambahan Tingkatan 4, Tingkatan 5
Mengaji - Iqra Tadika, Darjah 1, Darjah 2
Matematik Darjah 5, Tingkatan 5, Darjah 6