About Me
Hai, saya Shera, seorang pendidik yang bersemangat dan berdedikasi dalam memberi inspirasi kepada pelajar untuk cemerlang dalam kemahiran bahasa Inggeris. Saya mengambil pendekatan yang mudah dan jelas serta menggunakan kaedah pembelajaran yang berkesan . Sertai saya untuk pelajaran yang lebih interaktif dan menarik!
Teaching Method(s)
Saya menerapkan penggunan peta minda dan kaedah visual di dalam pengajaran. Dengan menggunakan teknik ini, saya boleh membantu anak didik saya memahami topik yang kompleks dengan lebih mudah. Teknik ini juga dapat menggalakkan para pelajar untuk berfikiran kreatif dan kritis. Dengan menggabungkan teknik ini, saya dapat mencipta kaedah pelajaran yang menarik serta dapat membantu pelajar dalam memahami pembelajaran dengan lebih berkesan.