mytutor_mobile
Profile Picture

Prisca Uleyvianne *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Bachelor Of Mechanical Engineering

Universiti Teknologi Sarawak (Sedang Belajar)

Bandar Sibu, Sarawak

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya tutor Prisca! Saya masih menuntut ilmu di menara gading. Meskipun begitu, saya mempunyai banyak pengalaman dalam tuisyen. Saya pernah menjadi guru tuisyen selama 2 tahun untuk menengah rendah dan 1 tahun menengah atas. Saya memiliki personaliti yang lembut tetapi saya sangat tegas. Saya seorang yang menepati waktu dan sangat mengambil berat tentang perkembangan pelajar saya.
Teknik Pengajaran
Bagi teknik pengajaran, suka untuk saya kongsikan disini, saya akan sentiasa mengemaskini serta menambah baik teknik-teknik pengajaran saya mengikut kesesuaian sesi pembelajaran. Saya akan menerapkan pembelajaran yang selesa, menarik serta ceria bagi menarik minat pelajar saya. Misalnya, saya akan mengunakkan teknik bercerita dan membuat simulasi yang sesuai dengan topik pembelajaran bagi memudahkan pelajar saya memahami konsep pembelajaran serta objektif pembelajaran. Bagi mengasah minda pelajar saya, saya akan sentiasa mengadakan sesi soal jawab dan perbincangan. Merujuk kepada teknik ini, ianya sangat berkesan untuk menggalakkan perkembangan mental pelajar, memupuk pemikiran kritis dan berkongsi pendapat bagi membentuk semangat kerjasama, di samping memberi peluang dan ruang bagi mereka untuk bercakap.
Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Melayu Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4
Matematik Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Membaca - BM Darjah 1, Darjah 4
Membaca - BI Darjah 2
Bahasa Inggeris Darjah 2