mytutor_mobile
Profile Picture

Ramlah Abdul *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Fizik Dengan Elektronik

Universiti Malaysia Sabah (Kota Kinabalu) (Telah Bergraduasi)

Tawau, Sabah

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Ramlah. Saya merupakan seorang guru yang berdedikasi dan berpengalaman selama 19 tahun dalam mendidik pelajar sekolah menengah. Subjek Fizik merupakan subjek major saya dalam bidang pendidikan, manakala Reka Cipta merupakan subjek minor. Berkemahiran dalam penyusunan modul menjadikan saya seorang pendidik yang dapat melahirkan ramai pelajar cemerlang. Saya juga berpengalaman dalam meningkatkan motivasi dan disiplin dalam kalangan pelajar.
Teknik Pengajaran
Berpengalaman selama 19 tahun dalam bidang pendidikan, saya menerapkan teknik-teknik pengajaran yang sesuai bergantung kepada keupayaan para pelajar. Saya juga mengaplikasikan teknik didik hibur dalam mencapai objektif pembelajaran. Pendekatan latih tubi berfokus merupakan kepakaran saya bergantung kepada keperluan subjek. Pelbagai pendekatan saya gunakan untuk memastikan para pelajar berupaya memahami dan mengaplikasikan ilmu yang diajar. Kepuasan anak-anak dalam mencapai kecemerlangan merupakan visi saya sebagai pendidik.
Subjek
Subjek Tahap
Fizik - Bahasa Melayu Tingkatan 4, Tingkatan 5