mytutor_mobile
Profile Picture

Anith Syahirah *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - English

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Pagoh) (Telah Bergraduasi)

Kajang, Selangor

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya adalah seorang tutor yang berdedikasi dalam membentuk pelajar untuk menguasai Bahasa Inggeris dengan keyakinan dan kefasihan. Matlamat saya adalah melahirkan generasi muda yang mampu bersaing secara global dalam dunia yang semakin berubah dan berkembang pesat. Saya juga ingin membantu pelajar memperoleh kepercayaan diri dan kecekapan untuk berjaya dalam dunia yang semakin kompetitif ini.
Teknik Pengajaran
Teknik pembelajaran Bahasa Inggeris yang saya gunakan adalah dengan kaedah "fun and engaging approach" iaitu melalui aktiviti interaktif dan permainan seperti pembelajaran melalui media, aktiviti penguraian kunci kata dalam lirik lagu Inggeris, sketsa bahasa, "situational-based role play", "interview role play", dan pembelajaran kolaboratif. Ini bukan sahaja menarik minat pelajar dalam menguasai bahasa kedua, tetapi juga dapat menikmati proses pembelajaran tanpa merasa tertekan.
Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Inggeris Tingkatan 3, Tingkatan 5, Darjah 6