Profile Picture

Mohamad Aniq *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Reka Bentuk Dan Teknologi

Universiti Pendidikan Sultan Idris (Sedang Belajar)

Miri, Sarawak

Fakulti Pendidikan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Aniq. Saya merupakan seorang tutor yang membuat kerja sambilan sambil belajar sebelum menjadi seorang guru yang sebenar. Sekarang, saya masih belajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris dalam bidang Reka Bentuk dan Teknologi sebagai major saya. Tambahan pula, saya mengambil subjek Sains Pertanian sebagai Minor. Di samping itu, saya juga boleh mengajar subjek selain daripada itu seperti Bahasa Melayu, Matematik dan Sains kepada orang lain. Berbekalkan ilmu yang ada dan telah mendapat gred yang sangat cemerlang bagi subjek-subjek tersebut di peringkat SPM. Saya bertekad, berazam dan bersedia untuk mengajar anak-anak didik bagi mata pelajaran tersebut. Selain itu, Saya juga pakar dalam meningkatkan motivasi dan disiplin dalam kalangan pelajar supaya mereka dapat meperoleh kejayaan. Nak anak skor cemerlang serta tingkatkan keyakinan anak anda? Hubungi saya hari ini.
Teknik Pengajaran
Saya merupakan seorang tutor yang menggunakan prinsip santai janji sampai dalam setiap teknik pengajaran. Tambahan pula, Saya menerapkan teknik-teknik yang menarik bergantung kepada keupayaan para pelajar saya sendiri. Saya juga mengaplikasikan alat bantu mengajar dalam mencapai objektif pembelajaran untuk memastikan anak didik saya dapat menguasai kemahiran yang diperlukan dengan mudah tanpa merasa bosan. Saya juga menggunakan akronim untuk membantu saya mengingati sesuatu perkara dengan mudah. Saya juga menyediakan nota yang berwarna warni bagi kelas dalam talian. Pendekatan peta minda merupakan kepakaran saya bergantung kepada keperluan subjek tersebut. Pelbagai pendekatan saya gunakan untuk memastikan para pelajar berupaya memahami ilmu yang diajar. Saya sangat seronok apabila pelajar juga seronok dengan teknik pengajaran yang saya gunakan.
Subjek
Subjek Tahap
Reka Bentuk Teknologi Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Bahasa Melayu Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 1, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Matematik Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Sains Tingkatan 1, Tingkatan 2
Reka Bentuk dan Teknologi Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6