mytutor_mobile
Profile Picture

Utayatharani A/p *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran

Institut Pendidikan Guru (Telah Bergraduasi)

Nusajaya, Johor

Institut Perguruan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya cikgu Tharani. Saya telah menghabiskan pelajaran saya dalam khursus Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran. Saya berkeupayaan untuk mengajar semua subjek teras di sekolah rendah dengan cemerlang. Walaupun pengalaman mengajar secara rasmi bukan begitu panjang, tetapi saya mempunyai ilmu yang mendalam terhadap pengajaran yang berkesan kepada murid-murid terutamanya murid berkeperluan pendidikan khas dan murid yang lemah. Saya mempunyai pengalaman mengajar selama 8 bulan di sekolah rendah dan 2 tahun sebagai cikgu tuisyen di luar. Saya boleh mengajar murid dengan penuh kesabaran. Jadikanlah saya sebagai tutor anak anda. Jika anda mencari tutor kepada anak istimewa anda juga sangat dialu-alukan..
Teknik Pengajaran
Teknik pengajaran saya tidaklah tergantung kepada satu tetapi berbeza mengikut keupayaan dan keperluan murid dalam sesuatu subjek tersebut. Teknik didik hibur, teknik pengulangan dan teknik perbincangan menjadi pilihan utama saya semasa pengajaran dan pembelajaran berlaku. ini kerana saya dapati bahawa teknik-teknik tersebut berkesan terhadap PdP dan juga memudahkan murid untuk memahami dengan lebih mudah. Oleh kerana saya berkhidmat di sekolah rendah, saya sentiasa peka terhadap silibus terkini dan dapat membantu murid untuk lebih cemerlang.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Bahasa Melayu Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4
Sains Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Bahasa Tamil Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Bahasa Tamil untuk SK Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Matematik - Bahasa Tamil Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3