mytutor_mobile
Profile Picture

Muhammad Nuqman *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Sarjana Muda Pengurusan Pelancongan

Universiti Malaysia Terengganu (Telah Bergraduasi)

Bentong, Pahang

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Muhammad Nuqman Bin Ahmad Najib. Saya mempunyai pengalaman mengajar sebagai guru ganti di sekolah rendah (Sekolah Kebangsaan Janda Baik) dan sekolah menengah (Sekolah Menengah Bukit Tinggi). Subjek yang saya mahir adalah Bahasa Melayu dan Matematik. Selain itu, subjek tambahan yang saya boleh mengajar adalah subjek Sejarah. Berjiwa pendidik dan menyukai pelajar yang kurang mahir agar tiada pelajar yang tercicir. Saya juga pernah dijemput oleh beberapa sekolah untuk memberi motivasi kepada para pelajar tentang kepentingan pendidikan. Graduan Ijazah Sarjana Muda di Universiti Malaysia Terengganu yang bercita-cita ingin menjadi seorang guru pada suatu hari nanti. Anak anda lemah dalam subjek Bahasa Melayu , Matematik dan Sejarah ? Jangan risau, saya sudi membantu !
Teknik Pengajaran
Saya seorang yang akan mengkaji kekuatan dan kelemahan pelajar terlebih dahulu agar saya dapat mengajar mereka dengan cemerlang. Pelbagai kaedah atau teknik yang digunakan agar pelajar dalam memahami sesuatu topik tersebut. Kreativiti amat dititik beratkan dan bersesuaian dengan zaman yang sedia moden dan maju ini. Peningkatan pelajar walaupun satu peratus adalah keutamaan saya.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Darjah 6
Sejarah Tingkatan 5
Bahasa Melayu STPM - Tingkatan 6