mytutor_mobile
Profile Picture

Mohammad Ashraf *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Diploma Pascasiswazah - Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (dpli)

Universiti Utara Malaysia (Sintok) (Telah Bergraduasi)

Pasir Puteh, Kelantan

Fakulti Pendidikan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya merupakan seorang tutor yang mempunyai minat yang mendalam dalam bidang pendidikan. Walaupun mempunyai ijazah dalam bidang kejuruteraan, saya telah menamatkan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) demi meneruskan minat untuk menjadi seorang pendidik. Saya gemar mencari kaedah pengajaran yang senang untuk difahami oleh pelajar. Saya juga merupakan seorang yang senang untuk didekati. Pengalaman menjadi guru praktikal di sekolah telah membantu saya untuk menguasai teknik pengajaran yang bersesuaian dengan tahap dan kemampuan pelajar. Percayakan saya untuk mendidik anak anda!
Teknik Pengajaran
Kaedah yang saya gemar gunakan adalah kaedah pembelajaran aktif. Konsep 'learning by doing' amatlah sesuai digunakan terutama dalam subjek matematik. Saya akan meyediakan bahan yang sesuai dengan topik tertentu supaya pelajar dapat memahami sesuatu konsep matematik dengan mudah. Setiap kelas juga akan dimulakan dengan set induksi yang menarik untuk memastikan pelajar berminat untuk belajar. Setelah pelajar dapat memahami sesuatu konsep, saya akan membantu pelajar menjawab beberapa soalan yang berkaitan agar pelajar dapat menguasai topik yang dipelajari.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5